SENARAI KANDUNGAN
BIL
|
PERKARA
|
MUKA SURAT
|
1.
|
OBJEKTIF
|
1
|
2.
|
PENGENALAN
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
OBJEKTIF
Objektif
E-Folio ini disediakan adalah untuk memberi panduan kepada para penganjur
hiburan agar program yang dijalankan tidak menyalahi syara’ dan tersasar dari
tujuan beribadah kepada Allah SWT.
PENGENALAN
Pada era globalisasi ini, tidak dinafikan lagi
bahawa sumber hiburan amat mudah diperolehi dengan hanya menggunakan hujung
jari sahaja.Menggunakan teknologi yang ada pada era kini seperti komputer,
komputer riba, telefon bimbit dan lain-lain. Tidak dinafikan juga, sekiranya
teknologi pada era kini digunakan untuk kegunaan yang bermanfaat ia juga mampu
melahirkan remaja yang berakhlak dan bermoral bagi mencerminkan masa hadapan
Negara yang maju dan harmoni.
Namun di zaman yang semakin maju dan canggih ini,
Kadangkala kita alpa tentang persekitaran sekeliling dengan wujudnya hiburan
yang meliputi skop yang sangat luas untuk dikategorikannya. Antaranya ialah
hiburan melalui muzik, filem, tarian, ‘games’ dan lain-lain. Dalam realiti
dapat kita katakana bahawa belia kini lebih menjurus atau berminat menggunakan
masa yang terluang dengan menggunakan hiburan sebagai ketenangan dan
menghilangkan kebosanan kepada mereka.
Malah hiburan dikatakan amat sinonim dengan
golongan belia atau remaja yang lebih mementingkan gaya hidup yang ‘up to date’
dan proaktif seiring dengan teknologi untuk mendapatkan sumber hiburan.
Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu
yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Perlakuan sosial
yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan satu
petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara
positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan serta agama.
Justeru kita lihat, keruntuhan akhlak dikalangan
remaja sebagai tunggak masa hadapan Negara kini semakin meningkat.Gelaja sosial
semakin berleluasa, keselamatan benda awam terjejas, kesejahteraan ummat juga
tidak terkawal.Secara terperincinya, pelbagai faktor yang menyebabkan
kekurangan moral dan keruntuhan akhlak dikalangan remaja, salah satunya adalah
disebabkan “hiburan yang melampau”.Hal ini boleh digambarkan dengan pelbagai
adegan yang berlaku pada masyarakat kita hari ini.
Antara matlamat utama
manusia ini dicipta oleh Allah SWT adalah untuk mengabdikan diri kepada NYA
seperti firmankan oleh Allah dalam surah Az Zariyyat ayat 56 yang bermaksud:
‘’Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka
menyembah dan beribadat kepdaku’’Maka menjadi tanggungjawab kita untuk
menjadikan setiap aktiviti kita termasuk berhibur sentiasa berada di dalam
ruang lingkup beribadah kepada Allah SWT
DEFINISI
HIBURAN
Hiburan
merupakan persembahan atau kegiatan yang direka bentuk untuk memberi nikmat kepada
penonton, contohnya untuk permainan komputer. Para penonton boleh menyertai
hiburan secara pasif, umpamanya menonton opera atau secara aktif seperti dalam
permainan komputer . Industri yang membekalkan hiburan digelarkan sebagai
industri hiburan.
Pada
umumnya, bermain dan membaca serta penghargaan seni tidak dianggap sebagai
hiburan tetapi tergolong dalam rekreasi kerana hiburan biasanya memerlukan
pembekal persembahan yang dilihat oleh penonton,kecuali dalam permainan
komputer.
ISLAM DAN HIBURAN
‘Islam
adalah satu cara hidup yang sangat meraikan dan tidak pernah sekali-kali
menyekat naluri fitrah manusia termasuklah berhibur seperti mendengar muzik,
bunyi-bunyian dan nyanyian asalkan sahaja hiburan itu tidak menyalahi hukum-hukum
syara’
Pada
dasarnya, Islam mengharuskan hiburan kerana hiburan menjadi sebahagian daripada
fitrah kehidupan manusia. Berdasarkan kepada Hasid Rasulullah SAW yang
diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud “Sesungguhnya Abu Bakar masuk
kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orang Ansar sedang
menyanyi dengan nyayian yang dinyayikan oleh orang Ansar pada hari peperangan
Bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata,
adakah di rumah nabi I ni terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini
adalah hari raya aidilfitri. Rasullulah bersabda wahai Abu Bakar, sesungguhnya
setiap kamu ada hari rayanya akan adalah hari raya kita’’(Ibnu Majah)
Berdasarkan
hadis tersebut jelaslah bahawa hiburan yang menghiburkan jiwa serta menenagkan
hati diharuskan oleh Islam. Hal ini dinyatakan oleh Al-Syeikh Yusuf Al-Qardhawi
bahawa antara hiburan yang dapat menghiburkan jiwa, menengkan hati serta
menyedapkan telinga ialah nyanyian. Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam
dengan syarat ia tidak dicampuri dengan kata-kata kotor, keji atau yang boleh
merangsang kepada perbuatan dosa.
GARIS PANDUAN MENGADAKAN ACARA KONSERT / PERSEMBAHAN
DAN HIBURAN DALAM ISLAM
1-
Hendaklah dipastikan muzik / lagu / skrip yang mempunyai perkataan yang boleh
membawa ke arah bertentangan dengan aqidah seperti menyalahi syariat Allah SWT,
memburuk-burukkan Rasulullah SAW, melekehkan para sahabat, meragui hari kiamat
dan pembalasan dosa pahala juga tiada unsur memuja atau taksub kepada wanita.
Allah
SWT memberi peringatan kepada sesiapa yang meragui kebenaran hari kiamat dengan
firmannya :
“Sesungguhnya
hari kiamat itu tetap akan datang – yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya
– supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan (15) Maka janganlah
engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman
kepadanya serta ia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa
(16).
(
Taaha : 15-16)
2-
Suatu persembahan / konsert yang dijalankan hendaklah tidak berlebih-lebihan
sehingga hak-hak Allah dan kewajipan yang lain terabai seperti menunaikan
ibadah, hak mencari dan memberi nafkah, menuntut ilmu dan sebagainya.
ما
من إمرىء مسلم تحضره صلاة مكتوبة فيحسن وضوءها, وخشوعها وركوعها، إلا كانت كفارة لما
قبلها من الذنوب، مالم تؤت كبيرة، وذلك الدهر كله.
Tidaklah
ada diantara orang Muslim jika tiba waktu solat wajib, lalu dia membaguskan
wudhuknya, kekhusyukannya, dan ruku’nya melainkan solat itu menjadi penebus
dosa-dosa sebelumnya, selagi dia tidak mengerjakan dosa besar, dan itu berlaku
selamanya.( HR Muslim)
3-
Tidak ada muzik / nyanyian yang disampaikan tidak mempunyai senikata lagu
berunsur maksiat dan lagho seperti membawa kepada rangsangan ghairah nafsu
melalui tema-tema cinta yang melampau, luahan perasaan dan kerinduan yang
berlebihan kepada manusia sehingga mendorong pendengar dan remaja kepada
melakukan maksiat dan dosa.
Oleh
itu nyanyian sebegini hendaklah dijauhi berdasarkan firman Allah seperti
berikut: Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia (lagha), mereka
berpaling daripadanya
,(
Al Qasas : 55)
إن
الله كتب على ابن آدم حظّه من الزنا أدرك ذلك لا محالة. فزنا العين النظر وزنا اللسان
النطق والنفس تتمنى وتشتهى والفرج يصدق ذلك أو يكذبه.
Sesungguhnya
Allah telah menentukan bahagian seseorang tentang zina yang tidak mustahil didapatinya.
Maka zina mata adalah memandang, zina lidah adalah mengucapkan, zina hati
adalah mengingini dan faraj (kemaluan) membenarkan atau mendustakannya.
(HR
Bukhari dan Muslim)
4-
Hendaklah hiburan tidak diiringi atau dialunkan dengan instrument bunyian
terlampau seperti budaya rock sehingga penonton / pendengar mengikut rentak
(melompat-lompat, menjerit dan bersorak) menjatuhkan akhlak mereka dan
mendatangkan fitnah kepada diri mereka.
5-
Penyanyi, pembuat persembahan dan penonton yang hadir hendaklah menjaga
auratnya, tidak melakukan gerak badan yang memberahikan ataupun mempersembahkan
nyanyian dengan suara lucah yang menyebabkan fitnah dan rangsangan nafsu kotor
dikalangan pendengar / penonton. Sekalipun lagu dan senikata yang disampaikan
adalah baik, dalam keadaan ini ianya tetap menjadi haram.
Allah
swt berfirman berkenaan tuntutan menutup aurat :
Hai
anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi
`auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.
(
Al A’raf : 26)
Rasulullah
saw juga memberi amaran kepada wanita yang tidak menutup aurat mereka :
إن
مِن أهل النارِ نساءً كاسِياتٍ عارياتٍ مائلاتٍ مُميلاتٍ لا يدخُلْنَ الجنةَ ولا يَجِدنَ
ريْحَهَا
Sebahgian
dari penghuni neraka ialah perempuan yang memakai pakaian yang menyerupai
telanjang, pakaian yang sesat dan menyesatkan. Mereka tidak masuk ke syurga dan
tidak mencium baunya.
(HR
Muslim)
إذا
فعلت أمتي خمس عشرة خصلة فقد حل بها البلاء … منهن…. واتخذت القينات والمعازف
الراوي:
علي بن أبي طالب – خلاصة الدرجة: [إسناده صحيح أو حسن أو ما قاربهما] – المحدث: المنذري
– المصدر: الترغيب والترهيب – الصفحة أو الرقم: 4/75
Apabila
umatku melakukan 15 perkara maka mereka layak untuk menerima bala Allah. Antara
15 perkara itu ialah…. orang ramai menjadikan wanita sebagai penyanyi
(penari-penari), alat-alat yang melalaikan (muzik). …
(HR
Tarmidzi)
6-
Hendaklah dipastikan tiada percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan
mahram tanpa sekatan dan had hingga membawa kepada bersentuhan antara lelaki
wanita ajnabi, tiada majlis tari-menari, tidak berlakunya acara minum arak,
pertaruhan judi, tiada drama / lakonan-lakonan liar dan seumpamanya.
Rasulullah
saw bersabda dalam hal pergaulan lelaki wanita ajnabi ini:
لأن
يطعن فى رأس أحدكم بمحيط من حديد خير له من أن يمس امرأة لا تحل له
Sekiranya
ditikam di kepala seseorang kamu dengan sebatang besi adalah lebih baik baginya
dari menyentuh kulit wanita yang tidak halal untuk disentuh. (adab pergaulan
dalam islam, dr rokiah)
(HR
Baihaqi)
7-
Penyanyi tersebut hendaklah dari kalangan lelaki jika penontonya adalah lelaki
dan wanita manakala jika persembahan itu tertutup dan semua yang berkait
dengannya adalah wanita maka dibolehkan penyanyi itu dari kalangan wanita. Ini
adalah bagi mengelak segala fitnah dan punca kerosakan dari suara wanita dan
pergerakan manja wanita yang menggoda. Firman Allah SWT :
Maka
janganlah kamu wahai wanita berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap
dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang
yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan
sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).
(Al
Ahzab : 32)
Dan
Rasulullah SAW juga bersabda :
عن
أبي مالك الأشعري قال، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ليشربن الناس من امتي الخمر
يسمونها بغير اسمها يعزف على رؤوسهم بالمعازف والمغنيات يخسف الله بعم الارض ويجعل
منهم القردة والخنازير.
Daripada
Abu Malik al-Asy’ari daripada Nabi saw bersabda; Beberapa orang daripada umatku
akan meminum arak dan menamakannya dengan bukan nama asalnya dan dialunkan
muzik kepada mereka dan dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi perempuan. Allah akan
membenamkan mereka ke dalam perut bumi dan Allah akan menjadikan mereka kera
dan babi.
(HR
Ibnu Majah)
PERINGATAN
Syaitan
selalunya mengambil peluang dari hiburan yang melalaikan untuk menyesatkan dan
melaghakan manusia. Allah SWT berfirman dalam surah Al Lukman ayat 6 yang
bermaksud :
“Dan
ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada
cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat
menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan
sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu
sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang
menghinakan”.
Bertitik-tolak
dari itulah, satu garis panduan berkenaan hiburan disusun supaya kehalusan seni
hiburan yang digariskan Islam itu dapat direalitikan.
PUNCA-PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK
Dewasa
ini, pelbagai teknologi yang digunakan untuk kegunaan orang ramai namun
penggunaan yang begitu canggih tanpa sempadan ini akan memberi impak yang
negetif kepada masyarakat terutamanya golongan remaja masa kini. Pada remaja
yang terlalu mengikut pengaruh dunia barat yang dianggap “up-to-date” dan
berasa malu sekiranya tidak mengikutinya..
Terdapat punca utama keruntuhan akhlak remaja pada era
kini.
Pengaruh rakan sebaya juga menjadi faktor utama.
Menurut kajian, ketika usia remaja seseorang itu lebih rapat dengan rakan
sebaya berbanding keluarga. Oleh itu, rakan sebaya sangat mudah mempengaruhi
seseorang remaja itu sama ada ke jalan yang benar atau ke jalan sebaliknya.
Para remaja ini akan saling cabar mencabar dengan rakan sebaya untuk melakukan
sesuatu, walaupun perkara itu salah. Oleh kerana “ darah muda” remaja yang
pantang dicabar maka mereka akan melakukan perkara itt untuk membuktikan
kehebatan mereka. Bak kata pepatah “ Menang jadi arang, Kalah jadi abu”.
Tidak dapat dinafikan juga, media massa merupakan
penyumbang utama kepada keruntuhan moral di kalangan belia. Program-program
televisyen khasnya, lebih mementingkan hiburan daripada maklumat.
Tayangan-tayangan filem Barat dan Hindustan contohnya, telah menolak
unsur-unsur ketimurah yang sebati dalam jiwa masyarakat. Adegan-adegan lucah
hanyalah sebagai halwa mata bagi mereka. Jadi, apabila filem tersebut
dipertontonkan, sudah tentu golongan remaja amnya, akan meniru stail dan aksi
artis pujaan mereka. Natijahnya wujudlah budaya ‘punk’, bertindik di telinga
kiri bagi lelaki, seks bebas, dan lebih dahsyat lagi pembuangan bayi yang
semakin berleluasa. Secara tidak langsung, ia mencetuskan kemelut jati diri
bagi remaja yang sedang mencari iderttiti diri seterusnya terlibat dalam gejala
hedonisme ini.
Di samping itu, konsert-konsert penyanyi dari negara
Barat yang ditayangkan turut membawa impak buruk. Penyanyi dari Barat,
terionjak-ionjak memakai jeans yang terkoyak sehingga menjadi kegilaan dan
idola remaja. Sekali gus, hal ini turut menjajah minda remaja kerana mereka
berfikir semua perkara yang baik datang dari Barat. Amalan-amalan tidak sihat
seperti minum arak dan menagih dadah turut menjadi ikutan muda-mudi.
Dalam pada itu juga, sifat semulajadi remaja juga
senantiasa ingin mencuba sesuatu yang baru. Walaupun pada awalnya niat mereka
hanyalah untuk mencuba, tetapi lama-kelamaannya mereka akan ketagih dan terus
terjebak ke dalam aktiviti haram itu. Remaja yang ketagih akan melakukan apa
sahaja termasuk melakukan jenayah untuk melakukan aktiviti haram itu dan
seterusnya menyebabkan akhlak mereka bertambah rosak.
Melalui majalah-majalah pula, artis-artis tempatan
yang kononnya menjadi contoh dan teladan sebenarnya semakin membawa remaja ke
arab kemaksiatan dan keruntuhan moral. Kandungan majalah dan gambar-gambar yang
memaparkan unsur pendedahan aurat yang keterlaluan serta menjolok mata
semata-mata untuk mengaut keuntungan yang maksima menyebabkan rosak minda para
remaja.
Pusat-pusat Internet menjadi tempat untuk para pelajar
melepak. Ditambah lagi dengan sistem langit terbuka dan dunia tanpa sempadan
yang diwara-warakan oleh sesetengah pihak semakin menarik minat mereka.
Pelajar-pelajar sanggup berada di hadapan skrin atau monitor komputer
berjam-jam lamanya sehingga mengabaikan masa untuk sekolah hanya sekadar untuk
mencari hiburan di kafe siber.
Dalam pada itu, penyeludupan video-video dan VCD dari
luar negara semakin berleluasa. Remaja boleh mendapatkannya dengan mudah kerana
video-video tersebut dijual di pasar-pasar malam dan iu,ga terdapat di pasar-pasar
gelap. Di pawagam pula, setiap hari, pasti ada filem-filem seperti perang yang
tidak sesuai untuk tontonan remaja di negara kita kerana Malaysia pada dasarnya
adalah sebuah negara yang arnan. Label 18SX, 18SG, dan 18PL hanyalah sekadar
hiasan dan jarang sekali pemantauan diadakan. Jika muda-mudi disajikan dengan
aksi-aksi lucah, perang, dan blues secara berterusan justeru lahirlah generasi
alaf baru yang nilai moralnya mencecah ke paras sifar, malah sentiasa mengikut
ideologi dan pandangan aging. Mereka mengagung-agung orang lain sehingga hilang
semangat kepimpinan dalarn diri.
Selain
itu, kesibukan ibu bapa juga turut menyumbang kepada berlakunya gejala ini.
Lumrah ibu bapa ialah mendidik dan mengasuh anak-anak supaya menjadi orang yang
berguna, tetapi, kesibukan mereka menghalang mereka untuk menjalankan
tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Oleh itu, anak-anak akan terumbang
ambing dalam dunia mereka dan seterusnya akan sesat dan memilih jalan yang
songsang. Kesibukan ibu bapa juga menghalang mereka untuk mengambil tahu
aktiviti anak-anak dan seterusnya membiarkan anak-anak bebas melakukan apa
sahaja tanpa pengetahuan termasuklah melakukan aktiviti yang salah. Ibu bapa
ini hanya akan tersedar ketika anak mereka sudah teruk. Bak kata pepatah “sudah
terhantuk, baru terngadah”.
Akhir
sekali ialah didikan agama dan nilai-nilai murni tidak diterapkan dalam diri
kalangan remaja pada masa kini. Hal ini disebabkan ibu bapa terlalu sibuk
mengejar kemewahan duniawi dan kedudukan sehinggaka mereka alpa terhadap
perihal anak-anak mereka. Oleh itu, anak-anak mereka tidak mendapat didikan
agama yang secukup ole ibu bapa mereka. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat
membezakan perkara baik dan buruk terhadap perbuatan yang mereka lakukan. Oleh
itu, mereka melakukan sesuatu perkara negatif itu tanpa berfikir panjang.
Kesimpulannya,
ibubapa perlu memantau keadaan anak-anak mereka supaya tidak mudah terjebak ke
dalam aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Selain itu, pelbagai pihak juga
perlu berganding bahu untuk memikirkan penyelesaiaan masalah yang dihadapi
untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan. Sesunggunya, anak-anak
merupakan aset yang bernilai kepada negara dang bangsa kerana mereka inilah
akan memimpin negara pada suatu hari nanti.
CARA CARA MENGATASI MASALAH KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA
Strategi
mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja ini. Beberapa
saranan atau cara-cara mengatasi keruntuhan akhlak remaja di antaranya ialah
seperti berikut:
Peranan
ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap
anak-anak mereka. Ibu bapa perlulah mengetahui dan mengenal pasti masalah yang
dihadapi oleh anak-anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mendengar masalah
tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka yang
mempunyai kedudukan moral yang baik. Selain itu, tingkatkan penghayatan
anak-anak terhadap agama, tanamkan
nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip
akauntibiliti, menepati janji, berketerampilan, menunjukan peribadi yang mulia,
amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak . Ibu bapa perlulah
menjadi idola kepada anak-anak. Ibu bapa juga perlu menyekat kebebasan
anak-anak dalam pergaulan. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari
rebungnya.
Selain
itu, mengadakan aktiviti yang dapat membentuk akhlak remaja seperti aktiviti
kemasyarakatan dan sebagainya. Melalui aktiviti sebegini, para remaja dapat
memantapkan akhlak mereka di samping dapat melakukan sesuatu yang berfaedah dan
tidak membunag masa. Melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti
beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan. Di samping itu,melakukan senaman
secara sistematik. Menghindarkan diri daripada terjebak dengan gejala yang
tidak sihat seperti najis dadah, seks bebas dan sebagainya.
Seterusnya,
mewujudkan system perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat
sekolah telah menimbulkan rasa takut dikalangan pelajar sekolah, disamping
mengurangkan bebanan dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam
pengawalan disiplin. Meningkatkan semula pengawalan disiplin dari peringkat
awalan oleh semua pihak dalam sekolah seperti yang dahulunya pernah ditegaskan
dalam sistem pembentukkan disiplin pelajar. Kawalan diperingkat awal mesti
dilaksanakan. Semua pihak hendaklah ‘turun padang’ dengan erti kata sebenar
untuk mengatasi masalah disiplin remaja pada masa kini.
Di
samping itu juga, pihak kerajaan seperti Kementerian Penerangan hendaklah
memainkan peranan dengan memastikan setiap rancangan yang disiarkan sesuai
untuk tontonan umum dan tiada unsur-unsur keganasan atau seks. Selain itu,
rancangan-rancangan yang dapat membentuk jati diri dan kerohanian juga
hendaklah diperbanyakkan untuk membentuk jati diri dan membaiki akhlak remaja.
Akhir
sekali, penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa seperti polis, yang
mana bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir
sekolah dalam mendisiplinkan pelajar yang bermasalah. Dimana kes pelajar
tersebut akan dirujuk kepada pihak polis sebagai penyelesaian yang terakhir.
KEBAIKAN DAN KEBURUKKAN
HIBURAN TERLAMPAU
Kebaikan
Menjadikan
muzik sebagai semangat untuk mereka mengulangkaji pelajaran.
Muzik
dan filem sama ada di televisyen atau di pawagam layak digambarkan sebagai
sumber inspirasi kepada masyarakat terutamanya belia
Menjadikan
hiburan seperti muzik, mainan dan seumpamanya sebagai satu cara untuk
menghilangkan tekanan atau menenangkan jiwa
Hiburan
dapat mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.
Keburukan
Hiburan
melampau boleh menyebabkan kita lalai dan leka
Hiburan
boleh menyebabkan sebagai seorang muslim melambat-lambatkan waktu solat
Hiburan
juga menyebabkan kita terpesong dari landasan agama
Hiburan
boleh menyebabkan kita terikut-ikut dengan budaya kuning
3.0
KESIMPULAN
Industri
hiburan dan nyanyian yang harus dalam Islam adalah sesuatu yang sesuai dengan
fitrah kejadian manusia, menghibur dan memberikan ketenangan kepada jiwa
disamping mematuhi adab-adab Islam. Ini menuntut kesedaran yang tinggi dari
pemuzik dan penggiat seni Muslim supaya membentuk industri hiburan tersendiri
dan terpisah daripada pengaruh jahat Kuffar. Sebarang percubaan Kuffar untuk
menghanyutkan umat Islam ke arah kemaksiatan, kemudharatan dan kefasikan
mestilah dihalang beracukan penetapan dan susur galur Al Quran dan Sunnah Rasul
SAW.
Dari
penelitian yang dilakukan, kebanyakan gejala sosial dalam komuniti mula berlaku
di peringkat usia remaja dan juga semasa anak-anak di bangku persekolahan.
Masalah ini perlu dilihat dalam konteks mata rantai. Di mana ia tidak akan
terjadi sekiranya golongan dewasa tidak memulakannya. Perlakuan orang dewasa
atau ibu bapa kepada anak-anak akan mudah dicontohi oleh anak-anak.
Pengawasan
yang tidak berlaku di peringkat orang dewasa menjadikan anak-anak terjebak ke
kancah maksiat. Pemantauan di peringkat pusat kuasa yang tidak berlaku secara
serius telah menjadi pemangkin kepada permasalahan sosial tidak berpenghujung
dengan noktah penurunan, bahkan graf terus meningkat naik setiap tahun.
Pada
era globalisasi ini, remaja kita tidak lagi mementingkan perihal tentang
menghormati ibubapa, guru, dan golongan yang lebih tua daripada mereka, tentang
belajar, bekerja dan lain-lain lagi. Mereka hanya mementingkan keseronokan
daripada semua itu, mereka merasakan diri mereka seperti kurang bermakna jika
tiada keseronokan dalam hidup dan memilih hiburan terlampau.
Biasanya,
remaja adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur belasan tahun. Secara
amnya, golongan remaja yang berumur antara 11 tahun hingga 19 tahun. Jika kita
perasan, dalam lingkungan inilah ramai remaja menghadapi pelbagai masalah sosial.Negara
kita kini mengalami pelbagai masalah yang melibatkan golongan remaja, bahkan
isu ini sudah menjadi perkara biasa bagi masyarakat negara kita. Mereka sering
berpendapat bahawa masalah atau gejala sosial dalam kalangan remaja adalah
perkara normal bagi umur mereka yang sedang meningkat naik. Rata-rata kita
dapat melihat gejala sosial yang berlaku diseluruh negara adalah dalam kalangan
anak muda remaja.
Kesimpulannya,
remaja hendaklah diberi perhatian penuh dan di beri pimpinan agar mereka tidak
sesat ke arah yang songsang supaya masa depan mereka sentiasa
cerah.Sesunggunya, anak-anak merupakan aset yang bernilai kepada negara dan
bangsa kerana para remaja merupakan peneraju masa depan sesebuah negara dan
mereka inilah yang akan memimpin negara pada suatu hari nanti.
PENUTUP
Hiburan
adalah perbuatan, aktiviti dan sebagainya bertujuan untuk menghiburkan,
menyenangkan, mententeramkan hati dan diri, itulah pentakrifan secara umum
tentang hiburan. Sekiranya kita melihat kepada negara kita Malaysia khursusnya,
hiburan telah berkembang luas dan telah mengambil tempat yang cukup luas dalam
cabang sosial. Kita juga dapat melihat perkembangan dalam media massa tidak
kira media cetak dan media elektronik. Perkara inilah yang mendatangkan
kebimbangan dalam kalangan umat islam di Malaysia.
Tidak
dinafikan terdapat perbincangan yang cukup panjang lebar dikalangan para ilmuan
Islam mengenai apakah hiburan itu bolehkan ataupun tidak, bukan tujuan artikel
ini untuk membincangkan mahupun membahaskan perbincangan tersebut, tetapi
kesimpulan yang dapat dibuat terdapat sebilangan para ilmuan mengambil
tindakkan yang berhati-hati dengan tidak mengharuskan apa hiburan berserta
berhujah dan dalil yang tersendiri. Sekirannya diamati hiburan terlampau
datangnya dari pengaruh golongan kafir dan yang yang jauh dari tuhan dan
mencari jalan untuk mengembirakan diri dengan hiburan, juga ianya sebagai
agenda untuk merosakkan akidah umat islam. Melihat dari kajian pelbagai pihak
bahawa hiburan seperti ini secara terang-terangan membawa keruntuhan akhlak
umat islam, juga mendorong kepada masalah sosial. Dapat kita buktikan dengan
isu-isu yang berlaku baru-baru ini seperti kes pembuangan bayi yang sudah tentu
berpunca dari perbuatan zina, kes yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah,
minum arak dan sebagainya. Antara keburukkan lain adalah unsur-unsur khurafat
dan syirik dalam sesetengah hiburan, juga campur gaul antara lelaki dan perempuan,
pendedahan aurat dan sebagainya.Secara ringkasnya, banyak keburukkan dan
impikasi yang negatif melalui hiburan melampau, termasuklah merosakkan agama,
bangsa dan budaya melayu itu sendiri, bagi remaja yang asyik dalam alam hiburan
implikasi yang amat membimbangkan untuk agama dan Negara pada masa yang akan
datang kelak.
CONTOH-CONTOH HIBURAN
MELAMPAU
LAMPIRAN
RUJUKAN
http://hiburanmelampau.blogsport.com/?m
http://masjidassyakirin.wordpress.com/2010/12/24/khutbah-menjauhi-hiburan-terlampau/
http://ikhlas89.blogspot.my//2011/02/hiburan-melampau-keburukkan-implikasinya.html?m=1
Marzuki
Sepiaail, Rina Fakhizan Mohd Sukri, Dr Alias Mat Saad (2016), Komunikasi dan
Penyiaran Dalam Islam, Oxford Fajar Sdn.Bhd, Shah Alam, Selangor
https://faiz96.wordpress.com/bentuk-bentuk-hiburan-yang-dibenarkan-dalam-islam/
http://harjin-bismillah.blogspot.my/2010/09/keruntuhan-akhlak-remaja.html
http://nadia-teenageproblems.blogspot.my/
https://mazlan66.wordpress.com/2008/03/25/media-massa-merupakan-antara-faktor-berlakukan-gejala-sosial/
https://www.google.com/search?q=keruntuhan+akhlak+remaja&espv=2&biw=1366&bih=667&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwjG4ODB_8LOAhVJM48KHS6VC_YQ_AUIBigB#imgrc=_