Khamis, 22 September 2016

HIBURAN MELAMPAU DIKENALPASTI SEBAGAI PUNCA KERUTUHAN AKHLAK REMAJA


SENARAI KANDUNGAN

BIL
PERKARA
MUKA SURAT
1.
OBJEKTIF
1
2.
PENGENALAN
















OBJEKTIF
Objektif E-Folio ini disediakan adalah untuk memberi panduan kepada para penganjur hiburan agar program yang dijalankan tidak menyalahi syara’ dan tersasar dari tujuan beribadah kepada Allah SWT.
PENGENALAN
Pada era globalisasi ini, tidak dinafikan lagi bahawa sumber hiburan amat mudah diperolehi dengan hanya menggunakan hujung jari sahaja.Menggunakan teknologi yang ada pada era kini seperti komputer, komputer riba, telefon bimbit dan lain-lain. Tidak dinafikan juga, sekiranya teknologi pada era kini digunakan untuk kegunaan yang bermanfaat ia juga mampu melahirkan remaja yang berakhlak dan bermoral bagi mencerminkan masa hadapan Negara yang maju dan harmoni.
Namun di zaman yang semakin maju dan canggih ini, Kadangkala kita alpa tentang persekitaran sekeliling dengan wujudnya hiburan yang meliputi skop yang sangat luas untuk dikategorikannya. Antaranya ialah hiburan melalui muzik, filem, tarian, ‘games’ dan lain-lain. Dalam realiti dapat kita katakana bahawa belia kini lebih menjurus atau berminat menggunakan masa yang terluang dengan menggunakan hiburan sebagai ketenangan dan menghilangkan kebosanan kepada mereka.
Malah hiburan dikatakan amat sinonim dengan golongan belia atau remaja yang lebih mementingkan gaya hidup yang ‘up to date’ dan proaktif seiring dengan teknologi untuk mendapatkan sumber hiburan.
Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan serta agama.
Justeru kita lihat, keruntuhan akhlak dikalangan remaja sebagai tunggak masa hadapan Negara kini semakin meningkat.Gelaja sosial semakin berleluasa, keselamatan benda awam terjejas, kesejahteraan ummat juga tidak terkawal.Secara terperincinya, pelbagai faktor yang menyebabkan kekurangan moral dan keruntuhan akhlak dikalangan remaja, salah satunya adalah disebabkan “hiburan yang melampau”.Hal ini boleh digambarkan dengan pelbagai adegan yang berlaku pada masyarakat kita hari ini.
Antara matlamat utama manusia ini dicipta oleh Allah SWT adalah untuk mengabdikan diri kepada NYA seperti firmankan oleh Allah dalam surah Az Zariyyat ayat 56 yang bermaksud: ‘’Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepdaku’’Maka menjadi tanggungjawab kita untuk menjadikan setiap aktiviti kita termasuk berhibur sentiasa berada di dalam ruang lingkup beribadah kepada Allah SWT
DEFINISI HIBURAN
Hiburan merupakan persembahan atau kegiatan yang direka bentuk untuk memberi nikmat kepada penonton, contohnya untuk permainan komputer. Para penonton boleh menyertai hiburan secara pasif, umpamanya menonton opera atau secara aktif seperti dalam permainan komputer . Industri yang membekalkan hiburan digelarkan sebagai industri hiburan.
Pada umumnya, bermain dan membaca serta penghargaan seni tidak dianggap sebagai hiburan tetapi tergolong dalam rekreasi kerana hiburan biasanya memerlukan pembekal persembahan yang dilihat oleh penonton,kecuali dalam permainan komputer.
ISLAM DAN HIBURAN
‘Islam adalah satu cara hidup yang sangat meraikan dan tidak pernah sekali-kali menyekat naluri fitrah manusia termasuklah berhibur seperti mendengar muzik, bunyi-bunyian dan nyanyian asalkan sahaja hiburan itu tidak menyalahi hukum-hukum syara’
Pada dasarnya, Islam mengharuskan hiburan kerana hiburan menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. Berdasarkan kepada Hasid Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud “Sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orang Ansar sedang menyanyi dengan nyayian yang dinyayikan oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi I ni terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya aidilfitri. Rasullulah bersabda wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya akan adalah hari raya kita’’(Ibnu Majah)
Berdasarkan hadis tersebut jelaslah bahawa hiburan yang menghiburkan jiwa serta menenagkan hati diharuskan oleh Islam. Hal ini dinyatakan oleh Al-Syeikh Yusuf Al-Qardhawi bahawa antara hiburan yang dapat menghiburkan jiwa, menengkan hati serta menyedapkan telinga ialah nyanyian. Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak dicampuri dengan kata-kata kotor, keji atau yang boleh merangsang kepada perbuatan dosa.
GARIS PANDUAN MENGADAKAN ACARA KONSERT / PERSEMBAHAN DAN HIBURAN DALAM ISLAM
1- Hendaklah dipastikan muzik / lagu / skrip yang mempunyai perkataan yang boleh membawa ke arah bertentangan dengan aqidah seperti menyalahi syariat Allah SWT, memburuk-burukkan Rasulullah SAW, melekehkan para sahabat, meragui hari kiamat dan pembalasan dosa pahala juga tiada unsur memuja atau taksub kepada wanita.
Allah SWT memberi peringatan kepada sesiapa yang meragui kebenaran hari kiamat dengan firmannya :
“Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang – yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya – supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan (15) Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta ia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa (16).
( Taaha : 15-16)
2- Suatu persembahan / konsert yang dijalankan hendaklah tidak berlebih-lebihan sehingga hak-hak Allah dan kewajipan yang lain terabai seperti menunaikan ibadah, hak mencari dan memberi nafkah, menuntut ilmu dan sebagainya.
ما من إمرىء مسلم تحضره صلاة مكتوبة فيحسن وضوءها, وخشوعها وركوعها، إلا كانت كفارة لما قبلها من الذنوب، مالم تؤت كبيرة، وذلك الدهر كله.
Tidaklah ada diantara orang Muslim jika tiba waktu solat wajib, lalu dia membaguskan wudhuknya, kekhusyukannya, dan ruku’nya melainkan solat itu menjadi penebus dosa-dosa sebelumnya, selagi dia tidak mengerjakan dosa besar, dan itu berlaku selamanya.( HR Muslim)
3- Tidak ada muzik / nyanyian yang disampaikan tidak mempunyai senikata lagu berunsur maksiat dan lagho seperti membawa kepada rangsangan ghairah nafsu melalui tema-tema cinta yang melampau, luahan perasaan dan kerinduan yang berlebihan kepada manusia sehingga mendorong pendengar dan remaja kepada melakukan maksiat dan dosa.
Oleh itu nyanyian sebegini hendaklah dijauhi berdasarkan firman Allah seperti berikut: Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia (lagha), mereka berpaling daripadanya
,( Al Qasas : 55)
إن الله كتب على ابن آدم حظّه من الزنا أدرك ذلك لا محالة. فزنا العين النظر وزنا اللسان النطق والنفس تتمنى وتشتهى والفرج يصدق ذلك أو يكذبه.
Sesungguhnya Allah telah menentukan bahagian seseorang tentang zina yang tidak mustahil didapatinya. Maka zina mata adalah memandang, zina lidah adalah mengucapkan, zina hati adalah mengingini dan faraj (kemaluan) membenarkan atau mendustakannya.
(HR Bukhari dan Muslim)
4- Hendaklah hiburan tidak diiringi atau dialunkan dengan instrument bunyian terlampau seperti budaya rock sehingga penonton / pendengar mengikut rentak (melompat-lompat, menjerit dan bersorak) menjatuhkan akhlak mereka dan mendatangkan fitnah kepada diri mereka.
5- Penyanyi, pembuat persembahan dan penonton yang hadir hendaklah menjaga auratnya, tidak melakukan gerak badan yang memberahikan ataupun mempersembahkan nyanyian dengan suara lucah yang menyebabkan fitnah dan rangsangan nafsu kotor dikalangan pendengar / penonton. Sekalipun lagu dan senikata yang disampaikan adalah baik, dalam keadaan ini ianya tetap menjadi haram. 
Allah swt berfirman berkenaan tuntutan menutup aurat :
Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi `auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.
( Al A’raf : 26)
Rasulullah saw juga memberi amaran kepada wanita yang tidak menutup aurat mereka :
إن مِن أهل النارِ نساءً كاسِياتٍ عارياتٍ مائلاتٍ مُميلاتٍ لا يدخُلْنَ الجنةَ ولا يَجِدنَ ريْحَهَا
Sebahgian dari penghuni neraka ialah perempuan yang memakai pakaian yang menyerupai telanjang, pakaian yang sesat dan menyesatkan. Mereka tidak masuk ke syurga dan tidak mencium baunya.
(HR Muslim)
إذا فعلت أمتي خمس عشرة خصلة فقد حل بها البلاء … منهن…. واتخذت القينات والمعازف
الراوي: علي بن أبي طالب – خلاصة الدرجة: [إسناده صحيح أو حسن أو ما قاربهما] – المحدث: المنذري – المصدر: الترغيب والترهيب – الصفحة أو الرقم: 4/75
Apabila umatku melakukan 15 perkara maka mereka layak untuk menerima bala Allah. Antara 15 perkara itu ialah…. orang ramai menjadikan wanita sebagai penyanyi (penari-penari), alat-alat yang melalaikan (muzik). …
(HR Tarmidzi)
6- Hendaklah dipastikan tiada percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa sekatan dan had hingga membawa kepada bersentuhan antara lelaki wanita ajnabi, tiada majlis tari-menari, tidak berlakunya acara minum arak, pertaruhan judi, tiada drama / lakonan-lakonan liar dan seumpamanya.
Rasulullah saw bersabda dalam hal pergaulan lelaki wanita ajnabi ini:
لأن يطعن فى رأس أحدكم بمحيط من حديد خير له من أن يمس امرأة لا تحل له
Sekiranya ditikam di kepala seseorang kamu dengan sebatang besi adalah lebih baik baginya dari menyentuh kulit wanita yang tidak halal untuk disentuh. (adab pergaulan dalam islam, dr rokiah)
(HR Baihaqi)
7- Penyanyi tersebut hendaklah dari kalangan lelaki jika penontonya adalah lelaki dan wanita manakala jika persembahan itu tertutup dan semua yang berkait dengannya adalah wanita maka dibolehkan penyanyi itu dari kalangan wanita. Ini adalah bagi mengelak segala fitnah dan punca kerosakan dari suara wanita dan pergerakan manja wanita yang menggoda. Firman Allah SWT :
Maka janganlah kamu wahai wanita berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).
(Al Ahzab : 32)
Dan Rasulullah SAW juga bersabda :
عن أبي مالك الأشعري قال، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ليشربن الناس من امتي الخمر يسمونها بغير اسمها يعزف على رؤوسهم بالمعازف والمغنيات يخسف الله بعم الارض ويجعل منهم القردة والخنازير.
Daripada Abu Malik al-Asy’ari daripada Nabi saw bersabda; Beberapa orang daripada umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan bukan nama asalnya dan dialunkan muzik kepada mereka dan dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi perempuan. Allah akan membenamkan mereka ke dalam perut bumi dan Allah akan menjadikan mereka kera dan babi.
(HR Ibnu Majah)
PERINGATAN
Syaitan selalunya mengambil peluang dari hiburan yang melalaikan untuk menyesatkan dan melaghakan manusia. Allah SWT berfirman dalam surah Al Lukman ayat 6 yang bermaksud :
“Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan”.
Bertitik-tolak dari itulah, satu garis panduan berkenaan hiburan disusun supaya kehalusan seni hiburan yang digariskan Islam itu dapat direalitikan.
PUNCA-PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK
Dewasa ini, pelbagai teknologi yang digunakan untuk kegunaan orang ramai namun penggunaan yang begitu canggih tanpa sempadan ini akan memberi impak yang negetif kepada masyarakat terutamanya golongan remaja masa kini. Pada remaja yang terlalu mengikut pengaruh dunia barat yang dianggap “up-to-date” dan berasa malu sekiranya tidak mengikutinya..
Terdapat punca utama keruntuhan akhlak remaja pada era kini. Pengaruh rakan sebaya juga menjadi faktor utama. Menurut kajian, ketika usia remaja seseorang itu lebih rapat dengan rakan sebaya berbanding keluarga. Oleh itu, rakan sebaya sangat mudah mempengaruhi seseorang remaja itu sama ada ke jalan yang benar atau ke jalan sebaliknya. Para remaja ini akan saling cabar mencabar dengan rakan sebaya untuk melakukan sesuatu, walaupun perkara itu salah. Oleh kerana “ darah muda” remaja yang pantang dicabar maka mereka akan melakukan perkara itt untuk membuktikan kehebatan mereka. Bak kata pepatah “ Menang jadi arang, Kalah jadi abu”.
Tidak dapat dinafikan juga, media massa merupakan penyumbang utama kepada keruntuhan moral di kalangan belia. Program-program televisyen khasnya, lebih mementingkan hiburan daripada maklumat. Tayangan-tayangan filem Barat dan Hindustan contohnya, telah menolak unsur-unsur ketimurah yang sebati dalam jiwa masyarakat. Adegan-adegan lucah hanyalah sebagai halwa mata bagi mereka. Jadi, apabila filem tersebut dipertontonkan, sudah tentu golongan remaja amnya, akan meniru stail dan aksi artis pujaan mereka. Natijahnya wujudlah budaya ‘punk’, bertindik di telinga kiri bagi lelaki, seks bebas, dan lebih dahsyat lagi pembuangan bayi yang semakin berleluasa. Secara tidak langsung, ia mencetuskan kemelut jati diri bagi remaja yang sedang mencari iderttiti diri seterusnya terlibat dalam gejala hedonisme ini.
Di samping itu, konsert-konsert penyanyi dari negara Barat yang ditayangkan turut membawa impak buruk. Penyanyi dari Barat, terionjak-ionjak memakai jeans yang terkoyak sehingga menjadi kegilaan dan idola remaja. Sekali gus, hal ini turut menjajah minda remaja kerana mereka berfikir semua perkara yang baik datang dari Barat. Amalan-amalan tidak sihat seperti minum arak dan menagih dadah turut menjadi ikutan muda-mudi.
Dalam pada itu juga, sifat semulajadi remaja juga senantiasa ingin mencuba sesuatu yang baru. Walaupun pada awalnya niat mereka hanyalah untuk mencuba, tetapi lama-kelamaannya mereka akan ketagih dan terus terjebak ke dalam aktiviti haram itu. Remaja yang ketagih akan melakukan apa sahaja termasuk melakukan jenayah untuk melakukan aktiviti haram itu dan seterusnya menyebabkan akhlak mereka bertambah rosak.
Melalui majalah-majalah pula, artis-artis tempatan yang kononnya menjadi contoh dan teladan sebenarnya semakin membawa remaja ke arab kemaksiatan dan keruntuhan moral. Kandungan majalah dan gambar-gambar yang memaparkan unsur pendedahan aurat yang keterlaluan serta menjolok mata semata-mata untuk mengaut keuntungan yang maksima menyebabkan rosak minda para remaja.
Pusat-pusat Internet menjadi tempat untuk para pelajar melepak. Ditambah lagi dengan sistem langit terbuka dan dunia tanpa sempadan yang diwara-warakan oleh sesetengah pihak semakin menarik minat mereka. Pelajar-pelajar sanggup berada di hadapan skrin atau monitor komputer berjam-jam lamanya sehingga mengabaikan masa untuk sekolah hanya sekadar untuk mencari hiburan di kafe siber.
Dalam pada itu, penyeludupan video-video dan VCD dari luar negara semakin berleluasa. Remaja boleh mendapatkannya dengan mudah kerana video-video tersebut dijual di pasar-pasar malam dan iu,ga terdapat di pasar-pasar gelap. Di pawagam pula, setiap hari, pasti ada filem-filem seperti perang yang tidak sesuai untuk tontonan remaja di negara kita kerana Malaysia pada dasarnya adalah sebuah negara yang arnan. Label 18SX, 18SG, dan 18PL hanyalah sekadar hiasan dan jarang sekali pemantauan diadakan. Jika muda-mudi disajikan dengan aksi-aksi lucah, perang, dan blues secara berterusan justeru lahirlah generasi alaf baru yang nilai moralnya mencecah ke paras sifar, malah sentiasa mengikut ideologi dan pandangan aging. Mereka mengagung-agung orang lain sehingga hilang semangat kepimpinan dalarn diri.
Selain itu, kesibukan ibu bapa juga turut menyumbang kepada berlakunya gejala ini. Lumrah ibu bapa ialah mendidik dan mengasuh anak-anak supaya menjadi orang yang berguna, tetapi, kesibukan mereka menghalang mereka untuk menjalankan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Oleh itu, anak-anak akan terumbang ambing dalam dunia mereka dan seterusnya akan sesat dan memilih jalan yang songsang. Kesibukan ibu bapa juga menghalang mereka untuk mengambil tahu aktiviti anak-anak dan seterusnya membiarkan anak-anak bebas melakukan apa sahaja tanpa pengetahuan termasuklah melakukan aktiviti yang salah. Ibu bapa ini hanya akan tersedar ketika anak mereka sudah teruk. Bak kata pepatah “sudah terhantuk, baru terngadah”.
Akhir sekali ialah didikan agama dan nilai-nilai murni tidak diterapkan dalam diri kalangan remaja pada masa kini. Hal ini disebabkan ibu bapa terlalu sibuk mengejar kemewahan duniawi dan kedudukan sehinggaka mereka alpa terhadap perihal anak-anak mereka. Oleh itu, anak-anak mereka tidak mendapat didikan agama yang secukup ole ibu bapa mereka. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat membezakan perkara baik dan buruk terhadap perbuatan yang mereka lakukan. Oleh itu, mereka melakukan sesuatu perkara negatif itu tanpa berfikir panjang. 
Kesimpulannya, ibubapa perlu memantau keadaan anak-anak mereka supaya tidak mudah terjebak ke dalam aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Selain itu, pelbagai pihak juga perlu berganding bahu untuk memikirkan penyelesaiaan masalah yang dihadapi untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan. Sesunggunya, anak-anak merupakan aset yang bernilai kepada negara dang bangsa kerana mereka inilah akan memimpin negara pada suatu hari nanti.    
CARA CARA MENGATASI MASALAH KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA

Strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja ini. Beberapa saranan atau cara-cara mengatasi keruntuhan akhlak remaja di antaranya ialah seperti berikut:
Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa perlulah mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mendengar masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka yang mempunyai kedudukan moral yang baik. Selain itu, tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, tanamkan  nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntibiliti, menepati janji, berketerampilan, menunjukan peribadi yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak . Ibu bapa perlulah menjadi idola kepada anak-anak. Ibu bapa juga perlu menyekat kebebasan anak-anak dalam pergaulan. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Selain itu, mengadakan aktiviti yang dapat membentuk akhlak remaja seperti aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya. Melalui aktiviti sebegini, para remaja dapat memantapkan akhlak mereka di samping dapat melakukan sesuatu yang berfaedah dan tidak membunag masa. Melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan. Di samping itu,melakukan senaman secara sistematik. Menghindarkan diri daripada terjebak dengan gejala yang tidak sihat seperti najis dadah, seks bebas dan sebagainya.
Seterusnya, mewujudkan system perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah telah menimbulkan rasa takut dikalangan pelajar sekolah, disamping mengurangkan bebanan dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawalan disiplin. Meningkatkan semula pengawalan disiplin dari peringkat awalan oleh semua pihak dalam sekolah seperti yang dahulunya pernah ditegaskan dalam sistem pembentukkan disiplin pelajar. Kawalan diperingkat awal mesti dilaksanakan. Semua pihak hendaklah ‘turun padang’ dengan erti kata sebenar untuk mengatasi masalah disiplin remaja pada masa kini.
Di samping itu juga, pihak kerajaan seperti Kementerian Penerangan hendaklah memainkan peranan dengan memastikan setiap rancangan yang disiarkan sesuai untuk tontonan umum dan tiada unsur-unsur keganasan atau seks. Selain itu, rancangan-rancangan yang dapat membentuk jati diri dan kerohanian juga hendaklah diperbanyakkan untuk membentuk jati diri dan membaiki akhlak remaja.
Akhir sekali, penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa seperti polis, yang mana bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar yang bermasalah. Dimana kes pelajar tersebut akan dirujuk kepada pihak polis sebagai penyelesaian yang terakhir.
KEBAIKAN DAN KEBURUKKAN HIBURAN TERLAMPAU
Kebaikan
Menjadikan muzik sebagai semangat untuk mereka mengulangkaji pelajaran.
Muzik dan filem sama ada di televisyen atau di pawagam layak digambarkan sebagai sumber inspirasi kepada masyarakat terutamanya belia
Menjadikan hiburan seperti muzik, mainan dan seumpamanya sebagai satu cara untuk menghilangkan tekanan atau menenangkan jiwa
Hiburan dapat mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.
Keburukan
Hiburan melampau boleh menyebabkan kita lalai dan leka
Hiburan boleh menyebabkan sebagai seorang muslim melambat-lambatkan waktu solat
Hiburan juga menyebabkan kita terpesong dari landasan agama
Hiburan boleh menyebabkan kita terikut-ikut dengan budaya kuning
3.0 KESIMPULAN

Industri hiburan dan nyanyian yang harus dalam Islam adalah sesuatu yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia, menghibur dan memberikan ketenangan kepada jiwa disamping mematuhi adab-adab Islam. Ini menuntut kesedaran yang tinggi dari pemuzik dan penggiat seni Muslim supaya membentuk industri hiburan tersendiri dan terpisah daripada pengaruh jahat Kuffar. Sebarang percubaan Kuffar untuk menghanyutkan umat Islam ke arah kemaksiatan, kemudharatan dan kefasikan mestilah dihalang beracukan penetapan dan susur galur Al Quran dan Sunnah Rasul SAW.
Dari penelitian yang dilakukan, kebanyakan gejala sosial dalam komuniti mula berlaku di peringkat usia remaja dan juga semasa anak-anak di bangku persekolahan. Masalah ini perlu dilihat dalam konteks mata rantai. Di mana ia tidak akan terjadi sekiranya golongan dewasa tidak memulakannya. Perlakuan orang dewasa atau ibu bapa kepada anak-anak akan mudah dicontohi oleh anak-anak.
Pengawasan yang tidak berlaku di peringkat orang dewasa menjadikan anak-anak terjebak ke kancah maksiat. Pemantauan di peringkat pusat kuasa yang tidak berlaku secara serius telah menjadi pemangkin kepada permasalahan sosial tidak berpenghujung dengan noktah penurunan, bahkan graf terus meningkat naik setiap tahun.
  Pada era globalisasi ini, remaja kita tidak lagi mementingkan perihal tentang menghormati ibubapa, guru, dan golongan yang lebih tua daripada mereka, tentang belajar, bekerja dan lain-lain lagi. Mereka hanya mementingkan keseronokan daripada semua itu, mereka merasakan diri mereka seperti kurang bermakna jika tiada keseronokan dalam hidup dan memilih hiburan terlampau.
Biasanya, remaja adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur belasan tahun. Secara amnya, golongan remaja yang berumur antara 11 tahun hingga 19 tahun. Jika kita perasan, dalam lingkungan inilah ramai remaja menghadapi pelbagai masalah sosial.Negara kita kini mengalami pelbagai masalah yang melibatkan golongan remaja, bahkan isu ini sudah menjadi perkara biasa bagi masyarakat negara kita. Mereka sering berpendapat bahawa masalah atau gejala sosial dalam kalangan remaja adalah perkara normal bagi umur mereka yang sedang meningkat naik. Rata-rata kita dapat melihat gejala sosial yang berlaku diseluruh negara adalah dalam kalangan anak muda remaja.
Kesimpulannya, remaja hendaklah diberi perhatian penuh dan di beri pimpinan agar mereka tidak sesat ke arah yang songsang supaya masa depan mereka sentiasa cerah.Sesunggunya, anak-anak merupakan aset yang bernilai kepada negara dan bangsa kerana para remaja merupakan peneraju masa depan sesebuah negara dan mereka inilah yang akan memimpin negara pada suatu hari nanti. 
PENUTUP
Hiburan adalah perbuatan, aktiviti dan sebagainya bertujuan untuk menghiburkan, menyenangkan, mententeramkan hati dan diri, itulah pentakrifan secara umum tentang hiburan. Sekiranya kita melihat kepada negara kita Malaysia khursusnya, hiburan telah berkembang luas dan telah mengambil tempat yang cukup luas dalam cabang sosial. Kita juga dapat melihat perkembangan dalam media massa tidak kira media cetak dan media elektronik. Perkara inilah yang mendatangkan kebimbangan dalam kalangan umat islam di Malaysia.
Tidak dinafikan terdapat perbincangan yang cukup panjang lebar dikalangan para ilmuan Islam mengenai apakah hiburan itu bolehkan ataupun tidak, bukan tujuan artikel ini untuk membincangkan mahupun membahaskan perbincangan tersebut, tetapi kesimpulan yang dapat dibuat terdapat sebilangan para ilmuan mengambil tindakkan yang berhati-hati dengan tidak mengharuskan apa hiburan berserta berhujah dan dalil yang tersendiri. Sekirannya diamati hiburan terlampau datangnya dari pengaruh golongan kafir dan yang yang jauh dari tuhan dan mencari jalan untuk mengembirakan diri dengan hiburan, juga ianya sebagai agenda untuk merosakkan akidah umat islam. Melihat dari kajian pelbagai pihak bahawa hiburan seperti ini secara terang-terangan membawa keruntuhan akhlak umat islam, juga mendorong kepada masalah sosial. Dapat kita buktikan dengan isu-isu yang berlaku baru-baru ini seperti kes pembuangan bayi yang sudah tentu berpunca dari perbuatan zina, kes yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah, minum arak dan sebagainya. Antara keburukkan lain adalah unsur-unsur khurafat dan syirik dalam sesetengah hiburan, juga campur gaul antara lelaki dan perempuan, pendedahan aurat dan sebagainya.Secara ringkasnya, banyak keburukkan dan impikasi yang negatif melalui hiburan melampau, termasuklah merosakkan agama, bangsa dan budaya melayu itu sendiri, bagi remaja yang asyik dalam alam hiburan implikasi yang amat membimbangkan untuk agama dan Negara pada masa yang akan datang kelak. 
CONTOH-CONTOH HIBURAN MELAMPAU
LAMPIRAN






                                   

           
RUJUKAN
http://hiburanmelampau.blogsport.com/?m
http://masjidassyakirin.wordpress.com/2010/12/24/khutbah-menjauhi-hiburan-terlampau/
http://ikhlas89.blogspot.my//2011/02/hiburan-melampau-keburukkan-implikasinya.html?m=1
Marzuki Sepiaail, Rina Fakhizan Mohd Sukri, Dr Alias Mat Saad (2016), Komunikasi dan Penyiaran Dalam Islam, Oxford Fajar Sdn.Bhd, Shah Alam, Selangor
 https://faiz96.wordpress.com/bentuk-bentuk-hiburan-yang-dibenarkan-dalam-islam/
 http://harjin-bismillah.blogspot.my/2010/09/keruntuhan-akhlak-remaja.html
 http://nadia-teenageproblems.blogspot.my/
https://mazlan66.wordpress.com/2008/03/25/media-massa-merupakan-antara-faktor-berlakukan-gejala-sosial/
https://www.google.com/search?q=keruntuhan+akhlak+remaja&espv=2&biw=1366&bih=667&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwjG4ODB_8LOAhVJM48KHS6VC_YQ_AUIBigB#imgrc=_